siri lawatan 1992 - 1999
LAWATAN KE JEPUN 1992
Walaupun telah 20 tahun berlalu, kenangan lawatan pertama ke Jepun pada Jan 1992 masih kuat di ingatan. Apa tidaknya, saya berangkat 2 hari selepas bertunang dan berada selama sebulan di Jepun. Saya memang sangat berhajat untuk melawat negara Jepun. Telah banyak kisah menarik mengenai rakyat dan negara Jepun yang saya baca. Mereka punya budaya yang unik dan berjaya memajukan negara mereka sebanding dengan negara barat.
Alhamdulillah, pemergian saya adalah rezeki dari Allah. Saya mendapat pengalaman dan simpanan wang hasil duit elaun. Ianya amat berharga kerana meringankan beban perkahwinan. Kami berkahwin 3 bulan selepas saya pulang dari Jepun.
Saya bertolak 6hb Jan 1992 dan berada di Jepun sehingga 31hb Jan.
Di Narita airport, saya disambut oleh wakil NEC, Miss Ishida dan dibawa kehostel dengan bas express ke Shinjuku dan menaiki teksi untuk ke hostel.
Saya dihantar kursus untuk mempelajari teknologi terbaru NEC dan mendapat pendedahan di Jepun. pihak NEC Jepun mengendalikan segala urusan secara professional. Segala agenda mengikut waktu jam dan minit termasuklah waktu naik keretapi. Orang Jepun memang teliti dan menepati masa.
Saya bertolak 6hb Jan 1992 dan berada di Jepun sehingga 31hb Jan.
Di Narita airport, saya disambut oleh wakil NEC, Miss Ishida dan dibawa kehostel dengan bas express ke Shinjuku dan menaiki teksi untuk ke hostel.Saya dihantar kursus untuk mempelajari teknologi terbaru NEC dan mendapat pendedahan di Jepun. pihak NEC Jepun mengendalikan segala urusan secara professional. Segala agenda mengikut waktu jam dan minit termasuklah waktu naik keretapi. Orang Jepun memang teliti dan menepati masa.
Di hari pertama, saya disambut oleh Chief, NEC International Training Center di Tamagawa Plant. Saya seolah wakil rasmi negara. Bendera Malaysia dan Jepun terpasang di meja. Selepas itu kami bergambar rasmi. Seorang Koordinator, Miss Hosana (?) ditugaskan membantu saya sepanjang kursus. Manis orangnya dan sentiasa berusaha memudahkan urusan saya di Jepun. Khabarnya, beliau tidak lama bekerja dengan NEC kerana berkahwin. Sudah menjadi tradisi orang Jepun, isteri akan duduk di rumah menguruskan keluarga.
Saya tinggal di bilik no 325 di Takaido House. Hostel ini dilengkapi dengan dapur masakan, perpustakaan, laundry, music room, video, karaoke dan ada juga bilik hatami (bilik tradisi Jepun). Boleh masak di sini jadi tiada kesukaran makanan. Tetapi makan di tempat kursus agak sukar untuk saya membiasakan makanan jepun -nasi seperti pulut dengan sup tawar. Selepas seminggu, saya tidak lalu makanan jepun ini. Walaubagaimanapun sushi menjadi kegemaran saya hingga sekarang.
Sepanjang duduk di hotel, saya pernah mengalami satu gempa bumi. Tiada kerosakan berlaku. Di hari terakhir pula, salji turun dengan lebatnya. Khabarnya, salji jarang turun di Tokyo pada bulan Jan. Dapat saya bermain dengan salji selepas 2 tahun pulang dari AS.
Dari Takaido saya menaiki keretapi Nakashira Line ke Shibuya, bertukar Toyoko line untuk ke Mushashi Kosugi dan bertukar Nanbu Line untuk ke Tamagawa NEC Training center. Shibuya merupakan salah satu stesen keretapi
tersibuk di Jepun. Saya seronok menyaksikan ribuan manusia melintas jalan bila lampu trafik bertukar hijau. Mereka berjalan laju dan saya terpaksa berkejar untuk bersaing.
Yamanote line adalah salah satu laluan keretapi terpenting di Tokyo.Jika keluar lewat, keadaan dalam keretapi seperti sadin. Keretapi sentiasa mengikut masa dan berhenti betul ditempatnya.. Diberitakan stesen besar Shinjuku menerima lebih 3 juta penumpang sehari. Sewaktu rush hour, keretapi datang setiap 2~5minit. Tidak seperti di Malaysia, semua penumpang beratur menunggu keretapi walaupun sesak. Malahan, atendant stesen ditugaskan membantu memenuhkan keretapi dengan menolak penumpang kedalam keretapi.
Kursus sepenuhnya mengambil masa 2 minggu. Trainer saya Kuroda san dan dibantu Tanaka san. "San" bermakna En/Cik. Beliau memang banyak ilmu dan fasih berbahasa Inggeris. Banyak yang saya belajar darinya, dari peralatan Transmisi, Code hinggalah Teknologi Transmisi Digital (SDH) - merupakan teknologi Digital terbaru untuk telekomunikasi yang menjadi "backbone of Transmissioncsystem. Bahasa lebih mudahnya, menjadi sistem pengangkutan Digital hingga sekarang ini.Di NEC International Training Center, tenaga pengajar bukan sahaja orang Jepun. Ada yang datang dari Singapore, Sri Lanka. Malahan, sahabat saya Nik Noroshdi juga pernah berkhidmat di sini.
Selepas kursus, saya melawat beberapa "Plant"; Tamagawa Plant, Miyagi Plant, NEC show room di Shibuya, Yokohama plant dan Ibupejabat NEC di Supertower di Tokyo. Bangunan 43 tingkat agak unik binaan kerana dinding sebelah dalam adalah kaca. Jika seseorang berdiri di tingkat paling atas, dia boleh melihat semua aktiviti di tingkat bawahnya. Tiada peluang untuk pekerja untuk curi tulang.
Mereka memanglah rajin. Rasanya, tanpa dinding kaca inipun mereka akan tetap tunjuk rajin kerana itu budaya Jepun. Mempunyai pekerjaan merupakan satu penghormatan dan mereka cuba sebaiknya menjalankan pekerjaan. Tidak kelihatan pekerja bersembang kosong semasa kerja.
Saya dapat menai
ki keretapi laju Jepun, Shinkanshen untuk ke NEC Sendai yang berada di Perfecture Miyagi. Perjalanan 400km cuma mengambil masa 2 jam. Pada tahun 1992, NEC Sendai merupakan pusat pembuatan peralatan transmisi terbesar NEC. Saya begitu tertarik dengan sistem "Automatic Component Distribution Machine". Ia begitu canggih seperti satu robot yang besar dimana ribuan komponen dihantar terus kepada pekerja. Senarai komponen hanya perlu di tempah melalui sistem komputer dan sistem akan menyusun secara automatik. Jika menggunakan sistem manual, pasti mengambil masa berjam dan ramai pekerja. NEC Sendai berada diluar kawasan Bandaraya. Ramai pekerja datang ke kilang dengan kenderaan sendiri.
NEC Tamagawa pula adalah pusat R&D untuk peralatan R&D dan juga pengilangan. Kawasan kilang terdiri dari bangunan lama dan baru yang dibesarkan mengikut keadaan pasaran. Saya terpaksa keluar masuk bangunan semasa berada disini. Kesan dari cuaca sejuk diluar dan panas di dalam bangunan menjadi salah satu penyebab saya jatuh sakit. Penyebab yang lain pula agak menarik yang berlaku di dalam keretapi yang penuh sesak. Tiba-tiba, ada seorang penumpang terbatuk dan saya dapat merasakan virus dari batuk itu melayang kepada saya. Dengan ketentuan Allah, saya jatuh sakit minggu terakhir di sana dan hilang berat badan. Baru saya faham kenapa orang jepun memakai penutup mulut di dalam keretapi.
Baru-baru ini (tahun 2011), Saya amat terkejut apabila gempa bumi terkuat berukuran 8.9 richter dan tsunami melanda teruk Sendai dan Fukushima pada Mac 2011. Saya ada melawat Fukushima plant pada tahun 1994.
Semasa di Jepun, saya berkesempatan melawat beberapa tempat menarik.Saya diberi peluang melawat Disneyland Jepun dan belajar bahasa Jepun. Ini merupakan lawatan ke dua ke Disneyland kerana sebelum ini saya pernah melawat DisneyLand Los Angeles pada 1990. 
Saya diberi kesempatan juga melawat kawasan Hakone berdekatan Gunung Fuji. Bagaimanapun, dikawasan paling atas adalah temple Jepun.Saya tidak melepaskan menikmati keindahan lanskap Jepun.
Jepun juga terkenal dengan kolam mandi air panas awam. Dalam lawatan saya yang lain, Saya pernah di bawa mandi di kolam ini dan berlaku satu perkara yang melucukan ialah pegawai NEC (lelaki) yang bersama kami terus bertelanjang bulat dihadapan kami tanpa rasa malu ini. Sahabat saya, Rafaie tergelak besar melihat orang Jepun. Kami pula kesukaran untuk mandi kerana diberi tuala kecil cukup membalut bahagian sulit. Air kolamnya memang panas. Nak letak kaki pun dah cukup panas. Tapi akhirnya, kami dapt merendamkan badan. Memang benar, mandi kolam air panas natural ini dapat menyihatkan badan. Ditempat sama, saya dapat merasai tidur di hotel yang direka menurut stail tradisi rumah Jepun. Bilik hotel berubah menjadi bilik tidur bila dibentang tilam seperti Toto yang boleh dilipat dan dinding dari rangka kayu/atau buluh dibaluti kertas.
Saya tidak punya masalah untuk makan makanan Jepun seperti sushi. Malahan, ianya menjadi makanan kegemaran saya. Ada satu hidangan, saya makan seekor ikan saiz kecil dari kepala hingga ekor.
Eloklah, saya berhenti setakat ini dahulu. Saya akan sambung kisah orang Jepun di ruangan lain bila berkesempatan. Kita patut belajar budaya Jepun yang telah memajukan mereka. Mereka sangat rajin, bersatu, pentingkan kebersihan, melayan tetamu sebaik mungkin, jujur dan menjaga kebersihan. Walaubagaimanapun, ada juga keburukan orang Jepun yang tidak patut di contohi..Semoga bertemu lagi
No comments:
Post a Comment