siri lawatan 1992 - 1999
LAWATAN KE FILIPINA 1992
Tahun 1992 merupakan tahun yang sibuk untuk saya. Selepas kursus di Jepun dan melangsungkan perkahwinan, saya ditugaskan mengendalikan satu kontrak baru; Projek Telekom Malaysia untuk pemasangan peralatan telekomunikasi di kawasan luar bandar.
Semasa urusan kontrak, saya diarahkan mengiringi kumpulan TM untuk melawat tapak projek NEC di Philipina. TM menghantar empat orang wakil. Kesemuanya terlibat secara langsung dengan perlaksanaan kontrak. 2 daripadanya baru sahaja bekerja dengan TM tidak sampai 2 tahun. Sehingga kini, Saya masih berkawan rapat dengan mereka, Khorudin (sekarang AGM -2011) dan Hisham.
![]() |
| kesan letusan gunung berapi |
![]() |
| Gunung Pinatubo ketika meletus 1991 |
Gunung ini tidak pernah direkod meletus ribuan tahun sebelum ini. Letusan ini merupakan kedua terbesar di abad 20 dan telah mengeluarkan 10 billion ton metric magma dan 20 million tons of SO2. Kesannya, aerosol membentuk lapisan jerebu asid sulfurik dan menurunkan suhu dunia 0.5 °C (0.9 °F) selama beberapa bulan.
![]() |
| satu perhentian sebelum sampai Baguio City |
Perjalanan dari Manila airport mengambil masa lebih 3 jam dengan 2 buah kereta. Kami berhenti untuk menginap di Baguio City, satu kawasan peranginan yang terletak 1500mtr dari paras laut. Perjalanan mendaki gunung seperti pergi ke Cameroon Highland. Selama perjalanan menaiki gunung, tidak kelihatan langsung manusia atau rumah dilereng. Tetapi apabila sampai, saya amat terkejut dengan kepadatan penduduk bandar Baguio City amat besar dengan keluasan 57km persegi dan penduduknya memcecah 300 ribu orang. Ia seperti Genting Highland sebesar Cameroon Highland. Untuk perbandingan, Cameron Highland mempunyai penduduk hanya 30 ribu orang dan Genting Highland mempunyai keluasan 11km persegi.Ini merupakan pengalaman pertama saya sampai ke bandar diatas banjaran gunung. Semenjak itu saya amat menggemari suasana seperti ini.
![]() |
| Kanak2 "stunt" di lereng gunung |
Sebelum melawat kawasan tapak projek. 
Kami dibawa melawat beberapa tempat menarik di Baguio City. Ternyata pihak NEC cuba melayan pihak TM sebaiknya yang mana boleh membantu laporan lawatan mereka. Baguio City merupakan kawasan tumpuan pelancongan. Di satu lereng gunung, kanak2 disini melakukan lagak ngeri dengan berdiri memegang sebatang kayu panjang dengan satu uncang dihujung. Mereka akan cuba menangkap duit syiling yang dibaling oleh pelancung. Saya merasa gerun dengan tindakan berani mati untuk mencari wang.

Kami dibawa melawat beberapa tempat menarik di Baguio City. Ternyata pihak NEC cuba melayan pihak TM sebaiknya yang mana boleh membantu laporan lawatan mereka. Baguio City merupakan kawasan tumpuan pelancongan. Di satu lereng gunung, kanak2 disini melakukan lagak ngeri dengan berdiri memegang sebatang kayu panjang dengan satu uncang dihujung. Mereka akan cuba menangkap duit syiling yang dibaling oleh pelancung. Saya merasa gerun dengan tindakan berani mati untuk mencari wang. ![]() |
| bersama Hisham TM di Pasar cenderemata |
Kami berkesempatan memberi cenderamata di pasar. Barangan hasil seni kerja tangan penduduk tempatan seperti pohon emas dari tembaga dan batu jed. Masih lagi tersimpan cendermata dari philipina walaupun telah hampir 20 tahun. Penduduk disini masih lagi berpakaian tradisi. Kami dapat melihat bagaimana tenunan kain oleh penduduk asli Baguio city.

Akhirnya, kami dibawa ke tapak projek yang berada di Pozorubio. Sebenarnya, kawasan ini terletak sebelum sampai Baguio City. Mungkin pihak NEC dan Sumitomo (partner NEC) ingin memberi layanan baik, mereka membawa kumpulan TM ke Baguio City dahulu. Pihak TM bagaimanapun agak profesional. Mereka tahu mereka mendapat layanan baik tetapi tidak menghalang mereka menjalankan tugas secara professional. Pelbagai soalan diajukan dan adanya agak panas. Ada beberapa isu dibangkitkan terutama dengan saiz tenaga elektrik yang diperlukan dan pemasangan sistem "outdoor"
Setelah selesai lawatan tapak projek, kami dibawa kembali ke Manila. Di sana kami dibawa melawat beberapa tempat menarik seperti World War II Memorial Park. Ia menceritakan peperangan Dunia ke 2 antara tentera Amerika dan Jepun. The Battle of Manila dan Pacific War telah meragut ramai nyawa dan memusnahkan bandar Manila. Filipina telah mengalami pelbagai penjajahan dan peperangan termasuk Sepanyol, Portugis, Amerika dan Jepun. Yang menariknya, sejarah awal Filipina berkait rapat dengan penguasaan Islam di Filipina oleh Sultan Sulu, Sultan Borneo yang menguasai pulau Mindano hingga beberapa kawasan di Pulau Luzon. Sayangnya, penguasaan Sultan ini berakhir pada tahun 1500an kepada penjajah Sepanyol yang dimulakan oleh pengembara terkenal, Ferdinand Magelan. Beliau mati dibunuh ketika berperang di Lapu2.
Memang eloklah untuk kita membaca sejarah Filipina untuk memahami kenapa pihak Moro Islam msih terus berjuang mendapatkan negara sendiri.Perjalanan ke Filipina yang tidak lama tetapi banyak memberi pegalaman dan pengetahuan kepada saya.





No comments:
Post a Comment