Monday, 6 February 2012

siri lawatan 1992 - 1999

LAWATAN KE REPUBLIC OF GUINEA, WEST AFRICA 1996 & MAY 1997



Saya berpeluang melawat Negara Republic of Guinea, Afrika Barat 2 kali pada tahun 1996 (kalau tidak silap) dan May 1997*. Lawatan pertama, saya dipilih mewakili Syarikat untuk membuat lawatan mencari peluang perniagaan. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat jualan pertama syarikat untuk projek luar-negara. Lawatan kedua pula untuk perbincangan satu tender. Pengalaman amat berharga. Saya mendapat penpengalaman bernilai  "business development" di luar negara.                                                    * Saya tidak lupa tarikh ini kerana pergi selepas 4 hari, Isteri bersalin anak kedua, Nurfadzleena pada 16hb May 1997 dan saya pulang pula 2 hari, datuk mertua meninggal dunia pada 31hb May 1997.                                                                                                                                                                             Guinea merdeka pada tahun 1958 tetapi keadaan negara amat mundur. Tiada perubahan walaupun Perancis telah meninggalkan negara ini hampir 40 tahun. Negara yang diduduki 85% penduduk Islam agak miskin. Kemiskinan yang membawa kejahilan. Ilmu Islam agak rendah. Perkahwinan campur antara Islam dan Kristian berlaku malah Presiden punya isteri beragama Kristian. Seorang staf TM pernah menegur pekerja Islam Guinea yang memakai kalung salib yang dipakai kerana suka2.
Kami dijemput pihak Telekom Malaysia yang telah membeli syarikat Telekomunikasi Sotelgui hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan Guinea.  Presiden Guinea, Lasana Conte telah meminta Dr Mahathir, PM Malaysia ketika memberi bantuan untuk memajukan negara itu.  Hasil hubungan baik antara PERNEC dan TM,  kami diberi peluang untuk meninjau peluang perniagaan di Negara Afrika Barat ini. PERNEC menghantar 5 wakil diketuai En Hartono dan 4 orang mewakili anak syarikat.
Kami berada di ibunegeri Guinea, Conakry selama seminggu. . 
Penerbangan mengambil masa 24 jam dan transit di Eropah. Terasa lain, bila menaiki kapalterbang yang dipenuhi orang kulit hitam dan mereka memenuhi kapalterbang dengan barangan dibeli di Eropah. Pada lawatan pertama, kapalterbang terkena "air pocket" yang teruk semasa di udara Afrika. Kapal terbang menjunam 3 kali dan yang terakhir, kapal terbang menjunam tidak dapat dikawal. Keadaan agak kecoh . Ada bag yang jatuh dari ruang penyimpan. Kami hanya berdoa dan berserah kepada Allah Taala. Akhirnya, kapalterbang kembali normal. Tetapi En Hartono mengalami migrain yang teruk dan terpaksa dibawah ke bangunan dengan kenderaan bagasi.


Suasana di Lapangan Terbang menggerunkan. Askar kerajaan menguasai operasi. Mereka agak dominan dengan kuasa mereka. Kami diperiksa secara teliti seolah-olah tidak memberi kami masuk. Nasib baik, pihak TM menghantar wakil, Mr Balday  untuk memudahkan urusan kami. 


bersama Haji Balday
 Dalam lawatan kedua, Mr Balday baru pulang mengerjakn haji. Beliau memakai pakaian Arab dan disambut meriah oleh teman2 dimana sahaja berada. Berpelukan dan bertanya khabar. Agaknya, menunaikan haji adalah suatu yang sukar kerana miskin. Beliau juga menjemput saya kerumahnya dan menjamu sup. Walaupun saya berhati makan makanan di sini atas isu hygenic, saya makan juga untuk menghormati beliau. Semasa bergambar berdua, beliau meminta saya mengirimkan gambar kepadanya malangnya saya tidak berkesempatan. Diharap gambar disebelahnya menyampaikan hajat beliau. Disana, Alhamdulillah, saya dapat bersembahyang Jumaat di Masjid Besar Conakry. Agak besar dan sederhana hiasan.  
  Di sana, mencari makanan yang hygenic menjadi masalah. Kami makan di restoran Lebanon yang agak mahal dan sekali di restoran Cina. Penterjemah bahasa kami tidak sanggup makan walau dibelanja kami bila mendapat tahu harga makanan sama nilai gaji sebulan beliau. Kerana asyik minum kopi dan coca-cola, saya terkena buasir pulang dari Guinea.
Bila kami berjalan2 di tengah bandar Conakry, kami di kerumuni oleh ramai kanak2 yang memanggil Malaysia sambil meminta derma. Bila seorang kami memberi wang, lagi ramai yang menyerbu kami. Mengambil gambar di sini agak sukar seolah2 tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa. Keadaan bandar agak kotor pada masa lawatan pertama. Bagaimanapun, ia bertambah baik pada lawatan kedua.

Di Sotelgui, kami memberikan seminar teknologi. Saya memberi penerangan asas Telekomunikasi dengan dibantu penterjemah ke bahasa tempatan. Memang sukar melakukan taklimat seperti ini. Peralatan untuk pembelajaran amat sukar didapati. Pihak TM memberitahui mereka terpaksa mengimpot whiteboard dan projector dari luar-negeri. Kami bertemu Pihak TM di sana diketuai En Ahmad Sobri CEO, En Fauzi, En Omar Sahid, En Ramlan, En Nurhaizan, Sdr Zanaia. En Ramlan banyak membantu kami sepanjang masa kami disana. Perbincangan saya dengan En Nurhaizan telah menghasilkan "purchase order" pertama dari Sotelgui kepada PERNEC.

Saya hanya bertemu En Omar Sahid pada lawatan kedua. Saya kagum dengan keberanian En Omar yang telah menjelajah seluruh Guinea bersama seorang pegawai Sotelgui. Beliau terpaksa memasuki beberapa kawasan yang mengalami peperangan semata2 untuk mendapatkan maklumat mengenai jaringan telekomunikasi di Guinea.

Kami dibawa melawat ke stesen Telekomunikasi Sotelgui. Peralatan agak mundur. Di Malaysia, tiada peralatan ini lagi. Ianya 30 tahun kebelakang. Para pekerja semuanya sudah tua. TM memberitahu tahap pemahaman mereka kepada teknologi amat rendah.  Sukar mengajar mereka. Hari ini ajar, esok lupa. Kekadang terpaksa mengherdik untuk masuk dalam kepala. Kami juga melawat stesen Sotelgui di Fria, 150km dari Conakry. Sepanjang perjalanan, kami melihat keadaan mukabumi Guinea yang tidak subur. Tidak banyak pokok yang tumbuh. Tanah kelihatan gersang, jauh berbeza dengan Malaysia. Beruntung kita dengan rahmat Allah. Hasil bumi ialah perlombongan boxsite dan aluminium.

En Remlan & En Ahmad Sobri
Satu perkara lucu di Fria, En Remlan memberitahu Pengurus Sotelgui di Fria yang kami mahu bersiar diwaktu malam. Apa yang berlaku, Pengurus ini membawa beberapa perempuan muda sebagai escort. Terkejut, En Remlan meminta beliau membawa pergi perempuan tersebut. 


Pengurus ini punya cerita menarik. Beliau beristeri tiga. Yang pertama dijodohkan oleh bapa beliau. Yang kedua oleh ibu beliau dan yang ketiga pilihan sendiri. Ketiga2 duduk serumah dan sering bersaing untuk memenangi hati beliau tetapi tiada pergaduhan antara mereka. Dalam perjalanan kami, satu perkara mengejutkan saya, wanita Guinea kekadang mendedah aurat dari paras perut seolah2 mereka ini masih lagi orang Asli Afrika.
Terdapat tempat menarik. Kami sempat pergi ke satu air terjun dan mandi di sana. Memang cantik air terjun ini. Pihak TM memang melayan kami dengan baik sekali. Kami dijemput ke majlis BBQ malahan makan di rumah mereka.
Di guinea, kami menjadi jutawan kerana nilai wangnya rendah. Bila menukar Dollar Amerika ke wang tempatan, kami mendapat sejumlah wang besar dalam nilai jutaan.

Selepas 15 tahun, saya tidak pasti Guinea telah bertambah maju. TM telah keluar dari Guinea atas sebab-sebab tertentu terutama tiada keuntungan dan isu dengan kerajaan Guinea. Selepas itu, berlaku peperangan saudara selepas Presiden Lasanga Conte.

InsyaAllah, saya akan ceritakan sambungan "negotiation" dengan TM/Sotelgui di entry lain..


No comments:

Post a Comment