siri lawatan 1992 - 1999
LAWATAN KE SWEDEN OGOS 1997
LAWATAN KE SWEDEN OGOS 1997
![]() |
| Radisson Hotel Solna |
Lanjutan dari "negotiation" di Republik Guinea antara pihak PERNEC/NEC dan Sotelgui/TM pada bulan May 1997, sesi kedua "negotiation" diadakan di Stockholm. Sweden dipilih kerana ianya lebih dekat dari Guinea dan ada tapak projek NEC Radio Microwave system di sana.
Saya dan En Hartono mewakili Pernec bersama team NEC tiba di Stockholm pada 5ptg 19hb Ogos 1997. Saya bertolak dari Subang Airport dan transit di London. Kami mengambil teksi pergi ke Hotel Radisson SAS Royal park yang berada di Solna, 40 minit dari Stockholm airport. Lokasi adalah jauh dari bandar Stockholm lebih kepada suasana resort, agak sunyi tetapi sesuai untuk sessi negotiation.
Keesokan, saya terkejut bila mendapati notebook saya hilang dari beg bagasi. Laporan dibuat untuk urusan claim.* - dapat claim selepas 2 tahun.Tidak lama selepas itu, polis menangkap beberapa pekerja Subang Airport yang mencuri barangan bagasi.

Negotiation diadakan di hotel Radisson selama 3 hari dari 21hb hingga 23hb. Negotiation diadakan dari pagi hingga petang. Team TM/Sotelgui diwakili Hj Fadzil, En Omar Sahid dan Mohamad Sylla. Team NEC/Pernec diwakili oleh Utsumi san dari NEC Amsterdam, Mohamed Chatti dari NEC Morocco, De Silva (NEC Japan, NMS expert).
Lawatan tapak diadakan pada hari pertama di Teracom, salah satu Operator di Sweden, Mr Jotgen Bjork, Pengurus projek memberikan penerangan dan demonstrasi. Malangnya berlaku masalah teknikal semasa demonstrasi NMS.
Pihak kami mengalami masalah untuk meyakinkan pihak TM. NEC memanggil beberapa teknikal; Tanaka san dan Akashi san dari NEC Benelux, Rodney King dari NEC menyertai negotiation. Malahan seorang lagi, Ishida san turut serta negotiation.
Negotiation dihentikan sebentar pada tengahari Jumaat untuk kami mengerjakan solat Jumaat. Kami bersolat di Pusat Islam Stockholm. Ianya cumanya ruang pejabat di ruang ground floor yang dijadikan masjid. Agak sempit dengan jumlah jemaah yang ramai. Kami beruntung kerana solat Jumaat diimamkan oleh Imam dari Mekah.
Negotiation ditamatkan pada hari Sabtu. Mesyuarat lebih tertumpu pada jumlah proposal. Agak sukar untuk menurunkan harga seperti yang diminta. Pihak TM memberi peluang sebaiknya kepada kami. Ternyata kehadiran Pernec memberikan soft spot untuk membantu kami memberikan counter proposal yang competitive. Kami menamatkan negotiation dengan penuh yakin.
Selepas tamat negotiation, barulah kami dapat melawat Bandaraya Stockholm. Saya, Utsumi san dan De Silva sempat bersiar-siar dan melawat stockholm.
Selepas pulang, saya membuat follow-up dengan pihak Sotelgui. Malangnya, bila keputusan keluar, kami kalah kepada pihak lain. Memang mengecewakan kami tapi ketentuan semuanya dari Allah.

No comments:
Post a Comment