siri lawatan 1992 - 1999
LAWATAN KE SUDAN - DEC 1999
LAWATAN KE SUDAN - DEC 1999
Lawatan ke Khortoum Sudan adalah satu yang menarik bagi saya. Saya menyertai rombongan delegasi dari PERNEC di ketuasi Ketua Pengarah Urusan, Tuan Hj Shaharom Shariff membawa misi untuk mencari peluang perniagaan di Sudan. Rombongan juga di sertai oleh En Ahmad Danial, COO International Business. Kami dijemput oleh oleh seorang ahli perniagaan Sudan. Beliau telah berjaya menjual set telefon buatan PERNEC di Sudan.
Saya nyaris ketinggalan kapalterbang kerana kesilapan masa. Tiket menunjukan waktu 21.30 yang saya ingatkan pukul 11.30 mlm. Kapalterbang terpaksa menunggu saya setelah Hj Shaharom meminta pegawai kapalterbang mencari saya. Saya tidak sedar langsung akan kesilapan sehinggalah saya mendaftar masuk dan pegawai syarikat kapalterbang membawa saya tergesa-gesa memasukki kapalterbang syarikat Jepun. Barulah saya tahu yang saya tersilap masa. Terima kasih kepada Haji Shaharom.
![]() |
| bersama Hj Shahrom di Souk - beli madu & kurma |

Kami berurusan dengan SudaTel. Operator Telekomunikasi Sudan.. Selain berjumpa dengan pegawai tinggi, kami juga bertemu dengan Menteri Telekomunikasi. Kami mencari peluang untuk menjadi rakan kongsi perniagaan payphone di sini. Tetapi kami menghadapi cabaran untuk membina jaringan payphone disin. Masalah terbesar ialah nilai wang mereka yang rendah dan tiada duit syiling. Menggunakan kad bukanlah alternatif terbaik.
Saya tertarik dengan Sudan kerana ia negara Arab Islam yang berkulit hitam. Mereka berbahasa Arab dan pasrah dengan kehidupan sukar mereka kerana ekonomi yang ditekan oleh kuasa barat. Ia berlaku sejak penawanan dan pembunuhan diplomat Amerika pada 1973 dan serangan udara Tentera Amerika ke kilang farmasi pada tahun 1998. Peperangan dengan pemberontak Sudan Selatan yang beragama Kristian serta perlarian Darfur menambahkan alasan untuk Barat menekan Sudan. Walaubagaimanapun, Sudan mempunyai potensi untuk maju kerana mempunyai simpanan minyak yang banyak. Menurut pegawai Petronas yang berkhidmat di Sudan, keadaan lapangan cari gali di padang pasir adalah seperti kem tentera. Tentera menjadi lapangan dari serangan para pemberontak. Mereka mengalami beberapa serangan tetapi dapat dipatahkan oleh pihak tentera.
Terdapat beberapa masjid yang sudah berusia lebih beratus tahun tetapi indah pembinaannya. Dapat dilihat, rakyat disini taat beragama. Kita dapat merasakan suasana Islam di sini. Apabila tiba waktu solat, para peniaga terus mendirikan solat di kedai atau di tapak jualan mereka. Saya merasa ketenangan berjalan-jalan meninjau bandar Khortoum. Kami melawat Open Market di sini yang dipanggil Souk. Kelihatan, kenderaan lama menggunakkan masih ber ada di jalan. Keadaan Souk seolah-olah tahun 60 an. Kelihatan agak berusia. Kami membeli kurma kering dan madu padang pasir. Kurmanya agak keras. Madu yang saya beli tidak ramai yang mahukan kecuali sahabat saya Rusli Daud. Alhamdulillah, berkat dari Allah, madu yang diminum olehnya dan isterinya membantu isterinya mengandung anak kedua setelah lama berusaha
Kami duduk di Hotel Holiday Villa milik syarikat dari Malaysia. Harga bilik hotel semalam agak mahal, RM 800. Saya mencadangkan En Ahmad untuk berkongsi bilik. En Ahmad juga seorang tawadhuk. Alhamdulillah, lawatan kali ini ada berkatnya.
Khortoum terletak di pertemuan 2 sungai Nile, Nil putih yang mengalir ke utara dari Tasik Victoria dan Nil Biru yang mengalir ke barat dari Ethiophia. Nil merupakan sungai terpanjang di dunia megalir sejauh 6,650km dan melalui 10 buah negara di Afrika. Ia mengalir ke utara ke negara Mesir dan berakhir di laut Mediteranean. Sungai Nil memain peranan besar membangunkan tamadun Mesir berkurun-kurun lamanya.
Perjalanan ke Sudan tidak menghasilkan peluang perniagaan yang dihajatkan. Mungkin Allah lebih mengetahui dan kegagalan itu mungkin ada hikmah untuk kami. Tetapi berada di sebuah negara Islam yang pasrah dengan kesukaran kehidupan memberi satu kenangan menarik dan pengajaran bagi saya untuk sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.
Tuan Haji Shaharom Md Shaharif
Beliau ialah seorang pemimpin yang mempunyai misi, bijaksana dan sentiasa menunjuk teladan yang baik, "walk the talk". Di atas kepimpinan beliau, PERNEC berkembang dan berdaya maju. Bukan sahaja dari segi perniagaan bahkan beliau menitik-beratkan kerohanian. Saya mendapat banyak pengalaman di bawah pimpinan beliau. Saya terlibat beberapa program khas syarikat bersama beliau. Saya terpilih khas untuk misi perniagaaan khas di luar negara dan dalam negara. Selain Sudan, saya terlibat di Guinea, Nepal dan beberapa feasibility study di Malaysia. Ketika saya meletakkan jawatan, beliau kecewa dengan keputusan saya dan menyatakan yang saya punya potensi untuk menjadi orang penting di PERNEC. Saya mengucapkan terima kasih tetapi saya punya cita-cita sendiri dan lebih selesa bekerja dengan kumpulan kecil.

No comments:
Post a Comment