Tuesday, 24 January 2012

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga memulakan blog saya ini.

Saya memilih tajuk kembaraku kerana ia dekat dihati. Selama 20 tahun bekerja, banyak tempat telah saya pergi...semuanya menarik tetapi yang terbaik dan teristemewa ialah kembara menunaikan umrah dan haji..

Saya menulis mengenai pegalaman saya melawat pelbagai negara. Tidak sehebat pengembara lain dan tidak layak dipanggil menjelajah kerana cuma lawatan sahaja di tempat tertentu. Kembara saya bermula semasa saya di Pernec dari tahun 1992 hingga 1999. Kebanyakkan negara yang dilawati di luar kawasan Asia Tenggara. Ia meliputi Jepun, Africa, Eropah dan Australia.

Fasa kedua saya banyak tertumpu kepada Asia Tenggara semasa saya bertugas di Q Telecell dari 2000 hingga 2001 selama 1.5 tahun sahaja.
Saya meneruskan pengembaraan saya ketika berkhidmat di Huber+Suhner sehingga sekarang.

Saya ingin berkongsi pengalaman yang tidak seberapa dalam kembara perjalanan saya melawati  lebih 20 negara. Seperti yang saya katakan, kembara tidaklah hebat walaubagaimanapun, setiap kembara mempunyai ceritanya sendiri.

InsyaAllah, saya kongsi bersama...Yang baik ambil teladan..

Wasallam,

Md Fauzan Elham
Nazuaf67@ZanHamHak

No comments:

Post a Comment