Saturday, 29 September 2012

Pengalaman di Indonesia 2000 - 2001

Pada bulan Mei 2000, bermulalah kerjaya baru saya di Q Telecell sebagai "Regional Sales Manager, APAC". Saya meninggalkan PERNEC selepas 9 tahun 6 bulan. Keputusan ini amat sukar dibuat tetapi saya menurut cita-cita untuk bekerja di syarikat mult-national dan regional.

Q Telecell beribupejabat di Berlin Jerman dan merupakan serpihan syarikat Krone setelah "Management Buy Out (MBO)". Syarikat ini memfokuskan teknologi Wireless Local Loop yang juga merupakan bidang kemahiran saya. Q Telecell telah membuka pejabat di Malaysia setelah kejayaan mendapat kontrak dari Telekom Malaysia dengan kerjasama Syarikat KUB Telekomunikasi. Saya tidak terlibat secara langsung dengan kontrak kerana tugasan ialah untuk melebarkan sayap di negara Asia Pasifik.

 Boss saya, John Heugle, seorang Jerman tetapi bercakap slang Amerika kerana duduk lama di sana. Isteri beliau keturunan India dari Singapura. John memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya menjalankan tugasan.

Selama 1 tahun setengah, saya menjelejah pelbagai negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Myanmar dan Bangladesh. Selain itu saya sempat menjejak kaki di Jerman. Indonesia merupakan negara yang paling kerap saya lawati. 2 kali sebulan saya ke Jakarta, Bandung dan Semarang. Di Jakarta, saya menjadikan pejabat Krone Indonesia sebagai "base" kerana telah ada kerjasama sebelum ini. Saya berkawan rapat dengan Mr Wolfgang .... Pengarah Urusan PT Krone Indonesia. Pak Bambang Setiawan merupakan wakil Q Telecell Di Indonesia yang di bayar gaji oleh Q Telecell melalui Krone.

Bersama Mr Wolfgang & Bambang, saya berjumpa pelbagai pegawai PT Telkom Indonesia. Q Telecell juga telah mengadakan ujian percubaan sebelum ini. Saya melawat tapak ujian di kawasan desa dan berjumpa pihak Risti untuk proses sertifikasi. Bagaimanapun PT Telkom tidak bersedia untuk melabur WiLL kerana belanjawan yang besar serta suasana politik yang belum stabil sepenuhnya.

Kerjaya saya dengan Q Telecell tidak lama. Saya meninggalkan Q Telecell pada Okt 2001 selepas saya menerima tawaran pekerjaan baru. Di waktu itu juga syarikat mengalami konflik dalaman menyebabkan kerja pemasaran saya terhenti.

Saya masih berhubung dengan teman2 di PT Krone malahan mereka ada membeli barangan fiberoptik dari Malaysia. Malangnya beberapa tahun selepas itu,  PT Krone di bubarkan setelah percantuman dengan ADC USA. Kilang PT Krone telah ditutup dan yang tinggal cuma Pak Yan dan setiausaha Rita. 3 bekas karyawan PT Krone, Oki,  mengambil keputusan membuka perniagaan syarikat sendiri, PT Lentera dan  meneruskan apa yang mereka lakukan di PT Krone. Syarikat berkembang pesat

Pelbagai pengalaman menarik bertandang ke Indonesia. Menariknya, saya dapat menguasai bahasa Indonesia dengan baik dan dapat membuat presentasi dalam bahasa mereka. Disamping itu juga saya dapat memahami bahasa jawa yang dituturkan mereka. Kantor, lantai, jam, kota, desa, macet, mobil, gedung, toko, karyawan, cewek, kepala, berjuta rupiah merupakan perkataan yang kerap.

Perbedaan ketara yang pertama saya perhatikan jika dibandingkan dengan Malaysia ialah budaya mereka. Semua rakyat Indonesia bercakap dalam bahasa Indonesia tidak kira Jawa, Sunda, Aceh, Cina Sulawesi dll. Cara pakainan pun sama. amat sukar membezakan keturunan Cina. Begitu juga penganut Islam dari yang lain. Hanya ketika waktu solat Jumaat, barulah saya mengetahui mereka yang beragama Islam kerana pergi ke Masjid. Banyak masjid di sekitar Jakarta malahan ada surau hotel dan di bangunan dijadikan tempat solat Jumaat. Khatibnya bebas membaca khutbah tanpa teks.

Dipejabat, karyawan wanita tidak memerlukan ruangan khas untuk melakukan solat didalam pejabat. Mereka tiada masalah untuk bertelekung dan bersolat walaupun ada pekerja lelaki dan non muslim melihat mereka. Apabila saya berkunjung ke Musolla di Gedung perniagaan ataupun kantor, terasa pelik melihat ramai orang perempuan berskirt masuk ke mussola dan mengerjakan solat. Agak jarang kita melihat fenomena ini di Malaysia. Ternyata, amalan Islam di Jakarta lebih terbuka dibandingkan di Kuala Lumpur.

2 comments:

  1. salam.. nak tnya, skang ni pernec ok ke?
    sbb dapat interview kat sana dan pada masa yang sama dgr crite, pernec tgh cut cost

    mieraamiaa@gmail.com

    tq:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. lama tak check blog. nak jawab tapi dah outdated.

      Delete